skip to main | skip to sidebar

my classmate=)

my classmate=)
mereka superb!!

"family yg terchenta"

"family yg terchenta"
susah sng bersama...

*kakak ku the boom,hehe*

*kakak ku the boom,hehe*
she da best sister in da world!!

~ ibu n ayah ~

~ ibu n ayah ~
mish them damn much!!

About me

My Photo
yaya_syafika
happy go lucky orangnya..seorg yg kuat merajuk(ibu kate)..sedang menuntut di UMP,Gambang..suke aktiviti luar,suka berkawan n suka berkongsi pendapat..
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2010 (21)
    • ▼ April (4)
      • beratnya dugaan mu Ya Allah...
      • ...kuat kan hati ku Ya Allah...
      • JANGAN MEMANDANG DENGAN HANYA SEBELAH MATA...
      • bersediakah kita??...
    • ► March (5)
      • sepetang d Panching..
      • gotong royong C13LBN!!!
      • KISAH BENAR: ANAK DERHAKA (iluvislam.com)
      • mintak maaf kawanku...
      • ibu yg kukasihi...
    • ► February (3)
      • Perkongsian: Bang, saya dah berhenti couple, tapi…...
      • rezeki dari Allah..
      • salam 1 Malaysia..
    • ► January (9)
  • ► 2009 (5)
    • ► December (4)
    • ► November (1)

Followers

...MENCARI SINAR HAKIKI...

yang merah itu saga,,yang kurik itu kendi, hijab itu penjaga,,yang mahkota itu srikandi.

Saturday, April 24, 2010

beratnya dugaan mu Ya Allah...

salam dn semoga berbahagia shbt2 semua...
erm rase hari ni berakhir dgn sgt teruk!!..
astagfirullahalazim...
disebabkan "benda" tu..huh!!
Ya Allah andai benar hambaMu ini bersalah,ampunkan aq Ya Allah...
bukan niatku untuk melakukan itu,dan aq mengharapkan itu hanya peringatan drpdMu
insyAllah akan ku igt smpi bila2 Ya Allah..
dan aq berjanji tdk akan melakukan nya lgi Ya Allah...
dan aq semakin kecewa sbb permohonan aq tuk maktab gagal buat kali keberapa tah..
ya Allah sedihnya hati ni hanya Kau saja yg tahu..
tp aq tahu semua yg berlaku ini pasti terselit hikmah disebalik nya..
Kau kuatkan hatiku Ya Allah dn jadikan aq hambaMu yg sentiasa redha dgn ujian dn cabaran yg Engkau berikan...
mungkin ini yg Kau namakan ujian sebagai peringatan..
Ya Allah aq jua mengharapkan yg terbaek untuk keputusan final kali ini..
aq telah melakukan sebaek mungkin,dn aq hanya bertawakkal padaMu..
aminn..amin ya Rabbal Alamin.... 

Posted by yaya_syafika at 11:48 AM 6 comments
Labels: insaf

Thursday, April 22, 2010

...kuat kan hati ku Ya Allah...

assalamualaikum dn salam hari jumaat..
semoga mndpt keberkatan di hari mulia ini..(mcm hari raye lak rase,,kui3)
entry kali ni khas untk diri sndr,tp sape2 yg bace pun boleh jdkan pedoman..
tentang ape??hermm..CINTA,,
hebat kan penangan cinta??tp pd sape??
pokok pangkal nya hati kita..maybe dah muak kot dgr pasal mende2 ni..
tp xpe saje nak berkongsi pd sape2 yg pernah berchenta tp x smpi ke mana pun..
termasuk la org yg menulis ni..(cam sedih jew..x kot!)
nasihat yaya tuk manusia2 bertuah ni,ucapkan tahniah buat diri anda sbb anda sdg mencari redha Allah..
mungkin ramai yg akan menidak kan mende2 gini..
tp terpulang la buat diri masing2 sbb hati kite ni berbeza2 kan..
1 perkara yg sentiasa yaya buat slps putus,,yaya suke bace artikel2 kat ILuvIslam..
yaya suke kawan2 ngan sahabat2 suke nasihat,ade org gelar mereka budak suraw(ok wat,doa tu..)
dr situ yaya dpt kekuatan tuk bgn balik..org kate susah nak lupekn "cinta pertama",betul kew??
klw org tnye pd yaya,,sangat betul!!
erm tp at least kite cube,,x salah kan...
sbnr nye yaya sgt tabik spring pd org2 yg x pena kapel ni,n series sgt jeles..suci nya hati mereka kan...(terbaek!!)
erm tp aturan Allah tu yg terbaek,ade hikmah sume yg berlaku kan..
cam bnyk melalut lak ekk..smpi x tahu nak tulis ape...
herm anyway kuatkan hati anda untuk terus berjuang mempertahankan prinsip anda..

p/s:yaya doakan korg sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan Allah dlm setiap ape yg korg buat..
niat ikhlas kerana Allah,insyaAllah dipermudahkan segala urusan...aminnn...
Posted by yaya_syafika at 3:51 PM 0 comments
Labels: SIRIM....

Sunday, April 11, 2010

JANGAN MEMANDANG DENGAN HANYA SEBELAH MATA...

1 hari seorng professor menyeberang sungai dgn sebuah sampan yg dikayuh oleh seorng pengayuh sampan.

di tengah2 sungai, professor bertanya: kau pandai membaca dan menulis?

Pengayuh jawab: tidak saya buta huruf

Professor balas: kalau begitu, kamu sudah hilang separuh drpd kehidupan kamu. Orng yg tidak pandai membaca dan menulis seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup...

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: Kamu ada membuat simpanan wang di bank?

Pengayuh menjawab: Tidak, pendapatan saya cukup2 makan.

Professor membalas: kalau begitu, kamu hilang lagi separuh drpd kehidupan kamu. Mana mungkin orng yg tiada wang boleh hidup dgn selesa pada masa tua nanti.
sampan terus bergerak..

Tiba2 sampan itu bocor. Air masuk dgn banyaknya. dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kpd professor: Tuan pandai berenang??

Professor jawab: errrr, err...saya tidak tahu

Pengayuh kata: Kalau begitu , tuan akan kehilangan seluruh kehidupan tuan.....

Suka dgn cerita nih..ambil dari magazine, benar manusia itu dikurniakan kecerdikan yg berbeza, Allah maha mengetahui kenapa kekurangan itu mereka miliki...dan Allah jugalah yg melebihkan mereka atas sesuatu... manusia tiada yg sempurna...
 
p/s:sentap bace entry ni,,semoga berguna untuk semua..
Posted by yaya_syafika at 6:41 AM 0 comments

Wednesday, April 7, 2010

bersediakah kita??...

assalamualaikum sahabat2 semua...
semoga sentiasa sihat dalam peliharaan & penjagaan Allah..amin..
pejam celik pejam celik, dh nak smpi kami pd peperiksaan final..
(jgn pejam x celik2 sudah la)..
persoalan nya sudah bersediakah kita untuk mghadapinya..
pd sy mgkin maseh berusaha..bnyk lg yg perlu diperbaiki..
Alhamdulillah semua assignment selesai cuma esk perlukan semangat untuk presentation english..
berikan aq kekuatan ya Allah..
dn juga ada test dn kuiz yg perlu di habiskan..jd diri sedang berusaha..
moga dipermudahkan segala urusan oleh yg Maha Esa..amin..
dan buat sahabat sekelas,sekuliah juga seuniversiti dengan ku..
moga kalian berjaya dgn cemerlang untk final exam kali ini..
yg dah dean list teruskan kecemerlangan,bg yg belum teruskan perjuangan..
okey semua,,gambateh!!
chill2 saja n doa jgn lupa..jga solat,jga iman,jga diri dn peribadi...
sekian..
Posted by yaya_syafika at 12:14 PM 6 comments
Labels: in pink mood...

Wednesday, March 31, 2010

sepetang d Panching..

salam kawan2..
saje je nak penuhkan ruang blog ni..
sbb tgn dah gatal nak menaip mende2..
so skrg nak cite tntg aktiviti kami selepas projek TITAS tu..
kami dak2 melayu kelas pg Panching hari rabu lame dah(17/03/2010)
seronok sgt mase  tu sbb lame dah x mandi air terjun..
ape lagi meroyan sudah..huhuhu...
so??kite enjoy!!
tgk jela gmbr2 ni,malas nak cite =)
pd kakak ku jgn jeles sudah...

4 dara pingitan,bese la mereka kan...

c giler camera!!

g
inilah Panching kalaw korg nak tahu..sgt chantek!

v
paan gedik diler time ni..wif ain n mimie..

mimie+paten+yaya=x muat camera,kui3...

paten xdek lak time ni..(ktorg 5 berkawan..)

lawan tokey nmpk dayah??
smart lorr gmbr nih..n tetibe je yaya yg xdek,,haha..

...dayah & yaya...

my kawan2 yg 1 kepala..best2..

Posted by yaya_syafika at 12:03 AM 2 comments

Tuesday, March 30, 2010

gotong royong C13LBN!!!

assalamualaikum shbt2 semua..
harapnya dlm keadaan yg hebat2 belaka & smoga sentiasa dalam rahmat Allah..amin...
dah lame sgt rasanye x update blog ni..
bnyk perkara yg perlu diutamakan dahulu..
erm sekadar nak berkongsi cerita yg dah lapuk sepnjg keBZan x mengupdate blog ni..
entry kali nak cite tntg projek TITAS untuk group kami C13LBN..
seperti biasa kelas kami x ramai stdnt yg amik snjct ni dsbbkan kami ramai pelajar internasional..
so,projek kami diadakan di suraw perkampungan di Gambang jew,,hehe
die mcm perkampungan org asli tp mcm bukan jugak,so kami pun xkesah la..
sy dah malas nak tulis, so tgk gmbr sajela lg best kot..
chill2 saje oke...!!

perkara pertama yg wajib dilakukan..makan2 time..(wif tok imam)

sayer seorg yg rajen??!!yeyh,i like...

buat2 rajen jew dorg ni benornyer..
haha...(c busong ngan haziq)

sempat lg tu berposing??masalah bdk2 ni..

siapekah yg patut dicat mukenye??
(kecian haziq kena tggal ngan dak2 laki laen,haha)

mimie+dayah=coklet..

paten wif ain..
Posted by yaya_syafika at 11:33 PM 4 comments

KISAH BENAR: ANAK DERHAKA (iluvislam.com)

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan,kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan,saya berjalan ke arah mereka.

"Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.

"Haaa? San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia?" kata Jaimi, kawan saya.

"Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

"Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, "di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia?tapi belum boleh lagi".

"Kenapa jadi macam tu ?" saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

"Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.

"Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

"Maaak? kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.

"Yalah, mak tau? tapi mak tak ada duit," balas ibunya.

"RM 20 aja !" si gadis berkata.

"Tak ada ," jawab ibunya.

"Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

"Bukan macam tu ta?" belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah,

katanya, "Ahhh?sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! "

" Kalau emak ada du? " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi,

katanya ; "kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada!" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .

"Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.

Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.

Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya ;

"Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu."

"Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

"Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

"Apa pasal," Si ayah bertanya.

"Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

"Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

"Ayah?kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

"Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni ayah ?" kata si gadis sambil meratap.

" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

"Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. "Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal. Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.

"Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja? kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

"Habis anak saya ?" tanya si bapa.

"Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju.

Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai,termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

"Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

"Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.

Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

"Pssstt?Raie? Raie..Psstt, " saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

"Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

"Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

"Sekejap aja. Bolehlah?"saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau takut di halau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.

Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;

"Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.

" Emak?lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

"Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak.

Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan dibalas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 ,15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap

"Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf?" Lantas saya menoleh buat kali terakhir.

Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.

Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

p/s : same2 renungkan cerita ini..muhasabah diri,buat peringatan buat sahabat2 juga buat diri ini..moga kite sentiasa menjaga akhlak dn peribadi kite dengan semua org termasuk ibu ayah kita yg cuma 1 itu..

Posted by yaya_syafika at 9:28 PM 6 comments

Saturday, March 13, 2010

mintak maaf kawanku...

assalamualaikum shbt2 semua..
harap nya sume sihat belaka,dn semoga dalam lingdungan Allah sentiasa..
harini nothing to do kecuali assignment yg berlambak2 tuh..
erm tp tetibe tgh wat keje td ade sorg kwn ni chat kat ovo...
n tgh2 dok chat tu terkekuarlah 1 perkataan yg xsepatutnye..
sy xtahu la kawan tu merajuk or marah..
tp sy betul2 mintak maaf,kamu dah salah paham sbnrnyer...
mintak maaf sgt2..aq x bermaksud sprti yg kaw pikirkan tuh...
so entry kali ni khas untuk shbt ku itu,,xperlulah sy mention namenya..
erm mintak maaf sekali lagi..
so,shbt2 pikirlah dulu sebelum kita nak buat or cakap ape pun..
xsemua org akan pikir macam kite...
peringatan buat diri sendr yg plg penting...
sesungguhnya Allah sajalah yg Maha Mengetahui...
mintak maaf kawanku...aq x sengaje..

Posted by yaya_syafika at 8:03 PM 4 comments

Wednesday, March 3, 2010

ibu yg kukasihi...

assalamualaikum sahabat2 sekali..
bgaimana kabarnya,harapnya sihat2 belaka dn sentiasa dalam rahmat Allah..
aminn...
rasanye lama benar x tulis entry kat blog ni..
maklumlah student la katekan...hihi
erm sebenar xtahu pun nak tulis pasal ape nih...
tp tetibe je dpt idea nak tulis tntg ibu..
sy pun x tahu kenape bile bercakap tntg IBU ni hati sy akan mudah tersentuh..
mungkin kami lebih rapat dgn ibu berbanding ayah dn abg2 kami..
erm,kami rindu sgt pd ibu..
ibu yg kami kenali sungguh kuat,tabah hatinya..
xpernah kenal erti penat untk membesar kan kami..
hanya ibu shja yg tahu bagaimana perihnya membesarkan kami 4 beradik ...
ibu x pernah merungut bila kami x turun membantu,malah ibu tetap menyediakan nya seperti biasa..
begitu sucinya hatimu ibu...
kalawlah tika ini kami dapat mendakapmu,sungguh bahagia bukan..
kepulangan kami sentiasa kau nantikan kerana kami tahu kamu tidak punya teman untk luahkan perasaan kamu..
hanya kepada kami anak beranak lah kamu berkongsi suka dan duka..
wlwpun kami tahu kamu lebih banyak merasai duka...
aku mendoakan kamu sentiasa dalam perlindungan Nya,kami jauh untk melindungimu apatah lagi menjagamu..
tp kami berjanji kami akan menjaga mu apabila kami sudah habis belajar nanti dn sudah berkerja..
sebelum itu aku hanya meminta Allah untuk menjagamu dan melindingimu..
ketahuilah ibu doa kami sentiasa bersama bersamamu..
tabahkan hatimu,kerana kami tahu kamu seorg yg kuat dn sabar orgnya..
bia Allah saja yg membalas kebaikanmu wahai ibu yg tersayang...

doa dari kejauhan oleh anakmu...

Posted by yaya_syafika at 10:34 AM 4 comments

Sunday, February 21, 2010

Perkongsian: Bang, saya dah berhenti couple, tapi…(laksamana)

cinta kita, atas apa kita membinanya?

cinta kita, atas apa kita membinanya?
Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.
Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.
Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta
Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.
Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.
Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.
Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.
Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat
Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.
Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.
“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”
Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.
Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.
Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.
Tak ada masalah.

Ingat Allah
Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.
Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.
Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?
Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?
“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”
Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la
Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:
1. Serius nak dapat redha Allah.
2. Serius nak bercinta dengan betul.
3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.
4. Serius jaga maruah dan harga diri.
5. Serius segala perkara.
Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.
Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?
Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?
Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?
Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?
Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?
Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”
Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?
Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda
Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.
Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?
Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.
Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?
Aha…
Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.
Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.

alhamdulillah bagaimana boleh terbuka hati mahu membaca artikel ini pun sy x tahu..
tp Allah Maha Besar,setiap yg berlaku mesti ade hikmah disebaliknya..
artikel ni sebagai peringatan buat sahabat2 dn terutama sekali pada diri ini..
semoga jadi yg terbaek untuk hari eok,amin..
Posted by yaya_syafika at 8:05 AM 0 comments

rezeki dari Allah..

alhamdulillah..
buat sekian lamanya dapat juga sy tulis sesuatu dlm blog nih..
apa kabar sahabat2 sekali..
harapnya dalam keadaan yg hebat2 belaka..
saja mahu berkongsi aktiviti semasa cuti raya cina minggu lalu..

1.pd 13 Februari  lepas sy telah di kurniakan rezeki oleh Allah untk menjadi sebahagian drpd anak2 bekas perajurit yg mendapat sedikit imbuhan(kewangan)..check itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Yb Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid bin Hamidi.

2. hari isnin lepas tu pulak kami pergi mandi air terjun..ingat nak pegi Waterfall tp fulus x bnyk pulak..
adoii..haha..erm,so kami pergilah kat Gunung Belumut saje..kecian,nak jadikan cerita punye la ramai org mcm ade kenduri lak..ish3..pegi 2 buah keta,ngan kawan angan sekali..n anak die..hihihi

3.n last sekali bufday kak jijie..wlwpun die akak tp badan nye seperti adek ku..hahaha,kecian2..papepun Hapi Bufday Kak Jijie cyg..dah tua dah akak nih..

keta n sume binatang kat atas kek tu menjadi kepunyaan ku..
cari patung doraemon x de lak.
haish...
Posted by yaya_syafika at 6:57 AM 0 comments

Monday, February 1, 2010

salam 1 Malaysia..

buat kawan2 semua..
senyum2 selalu ok..
harap sume urusan berjalan lancar..
amin..
just nk kongsi hari2 yg berlalu yg mcm sia2 saje..
tp harapnya hari yg akan datang ni akan berlalu dgn indah dn penuh rahmat dr Nya..
aminn...
sy dah pisah dgn dia,mungkin mmg bukan takdir kami tok bersama..
so,kuatkan hati tok tidak igt die..
Noor Syafika binti Jamaludin seorg yg kuat dn hebat!!
skrg mase tok lupekan sumenye dan mulakan hidup yg baru...
tok kamu time kaseh kerana pernah buat sy bahagia wlw seketika cume..
ya Allah berikan aku kekuatan tuk meneruskan hidup dgn penuh semangat...
berikan aku kelancaran dalam melaksanakan perintahMu ya Allah..
Kau Tuhan yg Maha Mendengar lagi Maha Melihat..
berikan aku petunjukMu wahai Tuhanku...
amin ya Rabbal Alamin..
 
jika benar pertemukan aku dengan pasangan yg benar2 buatku ya Allah..

aku mengharapkan pengampunan dariMu ya Allah..
ampuni aku ya Tuhanku..

semoga berbahagia dgn insan yg benar2 milikmu..
p/s : buat insan yg pernah bertakhta dihati.terima kaseh telah mengajarku erti hidup yg sedikit sebanyak buat aq sedar hidup ini bukan hanya untuk "itu"...
semoga kita dapat kembali mencari Pencipta kita..
buat ahli keluarga serta sahabat2 ku aq rindu pd kaseh kalian..
maafkan aq jika pernah mengabaikan kalian...
buat ibuku terima kaseh kerana telah memberiku semangat untuk meneruskan hidup dgn penuh rase kaseh sayang..adek syg kamu...
amin...

Posted by yaya_syafika at 10:27 AM 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod