skip to main | skip to sidebar

my classmate=)

my classmate=)
mereka superb!!

"family yg terchenta"

"family yg terchenta"
susah sng bersama...

*kakak ku the boom,hehe*

*kakak ku the boom,hehe*
she da best sister in da world!!

~ ibu n ayah ~

~ ibu n ayah ~
mish them damn much!!

About me

My Photo
yaya_syafika
happy go lucky orangnya..seorg yg kuat merajuk(ibu kate)..sedang menuntut di UMP,Gambang..suke aktiviti luar,suka berkawan n suka berkongsi pendapat..
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2010 (21)
    • ► April (4)
    • ► March (5)
    • ► February (3)
    • ▼ January (9)
      • dasyatnya doa ibu..
      • Cinta buat ibuku..
      • muhasabah diri 2..
      • ABAH, MAMA, MAAFKAN KAKAK!
      • Hargailah sebuah persahabatan..
      • Warkah terakhir buat Isteriku...
      • HAI WANITA, KASIHANILAH MEREKA!
      • muhasabah diri..
      • bercuti di bandar!!
  • ► 2009 (5)
    • ► December (4)
    • ► November (1)

Followers

...MENCARI SINAR HAKIKI...

yang merah itu saga,,yang kurik itu kendi, hijab itu penjaga,,yang mahkota itu srikandi.

Sunday, January 17, 2010

dasyatnya doa ibu..

itu buku yg baru sy beli dr popular..
insyaAllah akan dikongsikan bersama2..
tgk tajuk saja sy sudah berminat..
sy mmg snsitive skit bab2 ibu ayah ni..
erm..mcmane nak mula cerita ek?
penulis buku ni name dia Syamsudin Noor,nti insyAllah klw ade mase sy amik gmbr buku ni..
bnyk cerita tp belum smpt baca semua..
erm tp korg kena bace sndr sbb buku ni bnyk sntuh kehidupan harian kite..
yg kadang2 kite x perasan pun bnda yg kite buat tu salah..
ok la setakat tu dulu kot2..

Ibu,
Doamu adalah racun penawar
Juga racun berbisa
Ibarat tajamnya mata pisau
yang mampu melakar
masa depan yg gemilang
buat anak tercinta,
juga dapat menghancurkan
masa depan si anak derhaka..
Posted by yaya_syafika at 7:02 AM 0 comments

Cinta buat ibuku..

Menyayangimu


Bagaikan hatiku tiada sempadan


Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta


Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan


Oh sungguh indahnya perasaan itu,


Mengasihimu ibuku,


Meluaskan kecilnya ruang hatiku


Menyegarkan lesunya jiwaku


Menegangkan uratku yang kian melemah


Dek keringnya dari siraman cintamu


Andaikata aku dapat bernyanyi


Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku


Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu


Walaupun dapat bersamamu terkadang cuma..


Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat


Indahnya kasih itu


Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat


Dan penyuntik ilham


Serta penerang obor cahaya


Kepada berlikunya jalanku ini…




ibu doakan kejayaan anak mu disini..
doakan kebahagiaan adik disini,sy sangat2 bahagia punyai ibu sepertimu..
betapa tabah hatimu melangkau kesukaran hidupmu..
aku mahu jadi sepertimu,setabah harimu mengharungi liku2 hidupmu..
betapa kuatnya hatimu..
aku tahu kau amat menderita tp jarang sekali kau meluahkan nya pd kami..
kerana kau mahu yg terbaek untk kami..
Ya Allah berikan ibu hati yg benar2 kuat untk menhadapi dugaan mu..
tenangkan hatinya bila dia berada dalam gundah..
kami amat menyayanginya ya Allah..
berikan balasan syurgamu untuknya..
amin..
padamu ibu kami amat menyayangi dan merinduimu..

Posted by yaya_syafika at 4:39 AM 5 comments
Labels: sayang ibu..

Saturday, January 16, 2010

muhasabah diri 2..

assalamualaikum..
harini terase nak bermuhasabah tntg diri yg dah semakin rosak ni..
td terbace 1 artikel,dn disitu rase diri ni amat lemah..
dulu(time kt teknik ngan matrik) sy bdk yg selalu dipanggil budak surau sbb everyday sy akan jemaah disurau..tp sekarang,erm..entahla...
diri ni maseh lagi mencari2 diri sendiri yg sebenar..
setiap hari seperti menjadi seperti org yg berbeza.
kenapa ya??..sikap sy akan jd beza klw bersama org yg berbeza..
seolah2 sangsi dgn ape yg berlaku..
wlwpun bulan 1 sudah lebih stgh bulan melangkau tahun baru sy tetap nak buat azam baru..
sbb yakin diri ni perlu motivasi dr dalam..
bnyk yg perlu dilakukan tok proses baiki diri sndr ni kan..tp sy akan cube sdaya upaya..
doakan kejayaan sy..amin..mudah2an berjaya..
10 perkara ni sy nk buat mulai hari ni..

1. semestinya sy nak meningkatkan ibadah sunat pd Allah..jgn tggal solat sunat hajat,solat awal waktu terutama wktu subuh..(yg wajib of course la  buat)
2. dekatkan diri bersama2 shabt dn org2 yg tggi ilmu agama nya..belaja dr mereka!!usrah jgn tggal..
3. puasa sunat setiap hari isnin dn kamis,boleh2!!
4. persiapkan sekurang2nye 1 jam untuk stdy setiap hari..
5. no more ym,oovoo,fb,ms,taggged bile waktu belaja..
6.keluar outing bile betul2 perlu saja..kuar pun wat habis duet mak bapak ja kamu nih..pk la skit..
7.tepon ibu tiap 2 ari..doakan kesihatan dn kebahagiaan ibu ayah dn adik beradik sume..
8. spend mase tok exercise,nti otak jd lembab asik terperap je..dah la xsihat..
9. no more lelaki dlm hidup b4 habis belaja(susah tp kena jugak buat demi ibu ayah).
10. jaga diri,jaga iman,jaga peribadi sbagai muslimah..jgn sbb lelaki kamu sggup berubah ok!!

Ya Allah berikan aku petunjuk drMu..hanya itu yg aku pinta saat ini Ya Allah..aku rasa aku semakin jauh drMu,berikan aku hidayahMu..aku rindu ingin menangis denganMu,merintih setiap saat kepadaMu..aku rindu semua itu Ya Tuhanku..kembalikan la aku kejalanMu wahai Tuhanku..aku merayu...amin Ya Rabbal Alamin

Posted by yaya_syafika at 8:01 PM 2 comments

Tuesday, January 12, 2010

ABAH, MAMA, MAAFKAN KAKAK!

Aku merenung ke luar tingkap. Hujan di luar seperti hujan di hatiku. Sedih, duka bercampur menjadi satu. Manik-manik jernih mulai turun membasahi pipi. " Mama..abah, maafkan akak," bisikku sendiri. Tragedi 13 tahun lalu, ku sematkan sebaik mungkin di dalam hati ini. Biarlah aku menanggung kesepian ini sendiri. Semua ini salahku..andai aku tidak memulakan episod itu, pasti ia takkan berlaku... * * * * *
13 tahun yang lalu.. " Akak, mari makan sayang. Makanan dah siap ni. Kalau sudah sejuk, tak sedap pula," laung mama dari luar kamarku.
Aku tersenyum girang. Itulah yang ku tunggu selama ini. Makanan yang sudah siap terhidang untukku dan keluarga. Sejam aku menghadap buku-buku, akhirnya tiba juga waktu rehat.
" Ye, mama. Akak datang nanti," suara lapan tahunku bernada riang.
Ketika aku melangkah ke ruang dapur, aku terdengar adikku bersorak gembira. Aku semakin hairan,
" Nak makan pun gembira sangat," ujarku kasar. Terdiam adik melihat reaksi aku. Kemudian dia berlari mendapatkan mama yang sedang mengandung.
"Mama masak apa hari ni?," soalku kepada mama lalu membuka tudung saji.
Mama hanya tersenyum." Mama masak laksa hari ni. Hari ini kan ulang tahun kelahiran adik..jadi mama masaklah makanan kegemaran dia," ucap mama sambil mengusap rambut adik dengan penuh kasih sayang.
"Mama, akak kan tak suka laksa. Kenapa mama masak makanan ni? Mama ni, macam tak faham akak kan? ," tiba-tiba, tanpa ku sedari kata-kata itu terucap dibibirku.
"Akak..ni, berkiralah. Setakat laksa, apa salahnya. Jangan cerewet sangat boleh tak?," marah adikku. Hatiku semakin panas mendengar kata-kata adik.
"Akak peduli apa? Akak nak juga makanan lain," keras kataku lalu aku cepat-cepat melangkah dari situ.
Mama dan adik terpinga-pinga melihatku begitu. Mama hanya mampu menggeleng, begitu sedih hatinya melihat anak yang dikandung 9 bulan lebih memilih makanan dari penat lelahnya.
-------------------------------------------------------
Aku mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Cepat saja jari-jemariku mendail nombor itu. Tet, tet. Tet, tet..
"Assalammualaikum, ni siapa?," soal suara ditalian.
"Abah, ni kakak," pantas saja aku menjawab. Tidak sabar menyatakan hasrat dihati.
"Ye, kak? Kakak nak apa telefon abah ni?," tanya abah lembut.
"Abah, akak lapar ni. Abah belikan makanan ye?," pujukku dengan nada minta dikasihani.
"Mama tak masak ke?," tanya abah kembali.
"Masak, tapi tak sedap. Akak tak sukalah makan laksa. Akak bukannya adik," jelasku dengan kasar.
"Ah..jangan nak mengada. Mama dah masak tu, makan sajalah. Kesian tau kalau akak tak makan apa yang mama dah masak. Kecil hati mama nanti," pujuk abah untuk menenangkanku.
"Abah ni..sama dengan mama. Langsung tak faham kehendak kakak!" aku terus mematikan talian dengan perasaan bengang.
"Sama je semua orang. Asyik fikir kehendak sendiri, kehendak aku siapa nak fikir? Tapi aku laparlah, kalau gastrik, susah ni," hatiku berbicara sendiri. Di saat itu, aku lebih memilih untuk mengunci pintu dan tidak mahu makan sehingga kehendakku ditunaikan. Sakit hati rasanya bila kehendak hati tidak ditunaikan.
-------------------------------------------------------
"Abang, macam mana ni? Akak tak makan lagi ni. Dia tak keluar dari bilik langsung. Abang, saya takutlah dia pengsan ke, gastrik ke," mama menunjukkan rasa risaunya kepada abah.
"Hish, awak ni. Tak ada apalah. Dia cuma merajuk je tu. Budak kecil memang macam tu," abah cuba memujuk mama walaupun abah sendiri khuatir dengan keadaan aku.
"Abang, apa kata kita pujuk dia lepas tu bawa dia pergi fast food. Jomlah bang," pujuk mama kembali. Abah hanya menggeleng.
"Iyalah..kita pujuk dia sama-sama, lepas tu bawa dia pergi fast food, okey?," akhirnya abah mengalah juga.
-------------------------------------------------------
Aku menguntum senyuman apabila berdiri di dalam restoran terkenal itu. Berjaya juga helahku.
"Akak nak beli apa?," tanya abah lembut. Aku lantas menyembunyikan senyumanku itu. Takut disedari oleh abah.
"Akak nak beli ayam goreng..lepas tu kentang putar , ehmm..apalagi ye? Haa..akak nak beli aiskrim coklat dengan chesee burger," pintaku tanpa memperdulikan abah.
Bagiku yang penting, apa yang ku hajati tercapai. Apalagi adik tidak ada untuk menggangguku. Sebelum pergi tadi, aku memujuk mama supaya meninggalkan adik di rumah untuk dijaga oleh nenek kerana adik sedang tidur. Abah dan mama saling berpandangan, akhirnya abah mengangguk tanda setuju.
-------------------------------------------------------
"Akak dah puas hati?," tanya abah setelah kami sekeluarga berada di dalam kereta.
"Sebenarnya, akak nak beli lagi..tapi cukuplah ni je," kataku acuh tak acuh.
Langsung tidak ada sedikit pun ucapan terima kasih yang meniti dibibirku. Mama terdiam. Dia tidak tahu ingin berkata apalagi.
"Abang, nanti singgah kedai bunga tu ye. Saya nak beli baja sikit," kata mama setelah abah menghidupkan enjin kereta.
"Okey..nanti.." belum sempat pun abah menghabiskan ayatnya aku mencelah.
"Tak boleh, akak dah lapar ni. Nanti gastrik siapa susah. Ma, kita pergi lain kali ye?." Mama tersentak mendengar kata-kata aku.
"Ye lah, kita tak payah pergi kedai tu. Kita terus balik rumah," balas mama.
Dia tidak mahu aku merajuk seperti tadi, kerana kasih sayangnya dia sanggup mengetepikan kehendak dirinya demi aku. Aku mengukir senyuman paling manis di dunia. Tidak sabar rasanya ingin ku nikmati kelazatan fast food ini. Hanya kerana fast food, aku sanggup mengecewakan hati mama.
"Abah, pinjam telefon bimbit boleh tak? Akak bosanlah. Akak nak main game," pujuk aku.
"Nah..." Tiba-tiba telefon itu jatuh dari tangan abah.
"Abah, telefon tu jatuhlah kat bawah kaki abah," ucapku dengan harapan abah mengambilnya. Abah hanya mendiamkan diri tanpa memberi respon.
"Abah..cepatlah. Akak nak main game ni," marahku kepada abah.
"Abah sedang memandu kereta, bahayalah sayang. Akak main dekat rumah ye," pujuk mama.
"Akak nak main sekarang!," aku membentak.
Abah membongkokkan sedikit badannya untuk mencapai telefon bimbit yang berada dikakinya.
"Susahlah," kata abah.
"Abang, tak payahlah. Jangan dilayan sangat akak ni," kata mama apabila melihat abah sedaya upaya abah cuba mendapatkannya Aku memuncungkan bibir apabila mama berkata begitu.
"Tak apelah, akak merajuk lagi nanti, " balas abah pula.
Tiba-tiba.... " TON!! TON!!!"
" Abang, ada lori depan tu!!!!," jerit mama apabila melihat sebuah lori kontena dari arah bertentangan sedang membelok ke simpang di hadapan kereta abah. Tapi semuanya sudah terlambat, abah tidak sempat menekan brek kereta.
* * * * *
"Akak, kenapa menangis ni?." kehadiran adik membuatkan aku tersedar daripada lamunan.
"Adik..," ucapku perlahan. Adik menyapu perlahan air mata yang mengalir dipipiku ini.
"Akak teringat arwah mama dengan abah ke?," duga adik. Aku mengangguk perlahan.
"Akak, sabarlah. Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Tiada siapa yang bersalah dan tiada siapa yang dipersalahkan. ALLAH sayangkan mereka. Mungkin dengan pemergian mereka kita lebih pandai berdikari dan lebih pandai menghargai seseorang itu selagi dia masih ada di dunia ini." Air mataku mengalir lebih deras tanda terharu mendengar kata-kata adik.
Adik yang dulu aku jauhi, kini dialah yang memberikanku semangat agar aku terus kuat berdiri tabah mengharungi dugaan hidup.
"Akak, kita doakan agar arwah abah dengan mama tenang di sana ye?," pinta adik.
"Amin," aminku di dalam hati. Abah, mama. Akak minta maaf di atas segala kesalahan akak pada abah dan mama. Akak tidak mampu mengubah segalanya. Kalau akak tahu apa yang bakal terjadi, akak tidak akan berbuat begitu sama sekali. Tetapi, siapalah akak. Akak berdoa supaya Maha Esa menempatkan abah dan mama ditempat hamba-Nya yang beriman. Amin.

P/S = hargai ibu dn ayah kite sementara mereka maseh ade..
mungkin dah biase dgr cerite mcm ni,tp x salah kan klw saling mengingatkan..


Posted by yaya_syafika at 9:41 AM 2 comments

Monday, January 11, 2010

Hargailah sebuah persahabatan..

Hal yang sangat menyedihkan adalah saat kau jujur pada temanmu, dia berdusta

padamu. Saat dia telah berjanji padamu, dia mengingkarinya. Saat kau memberikan
perhatian, dia tidak menghargainya.
Hal yang sangat menyakitkan adalah saat kau mengirimkan e-mail pada temanmu, ia
menghapus tanpa membacanya. Saat kau memerlukan jawapan dari e-mailmu, dia tidak
menjawab dan mengacuhkannya.
Saat bertemu dengannya dan ingin menyapa, dia pura2 tidak melihatmu. Saat kau
mencintainya dengan tulus tapi dia tidak mencintamu. Saat dia yang kau sayangi
tiba2 mengirimkan kad undangan pernikahannya.
Hal yang sangat mengecewakan adalah kau diperlukan hanya pada saat dia dalam
kesulitan. Saat kau bersikap ramah, dia terkadang bersikap sinis padamu. Saat
kau butuh dia untuk berbagi cerita, dia berusaha untuk menghindarimu.
Jangan pernah menyesali atas apa yang terjadi padamu. Sebenarnya hal-hal yang
kau alami sedang mengajarimu. Saat temanmu berdusta padamu atau tidak menepati
janjinya padamu atau dia tidak menghargai perhatian yang kau berikan. sebenarnya
ia telah mengajarimu agar kau tidak berprilaku seperti dia.
Saat temanmu menghapus e-mail yang kau kirim sebelum membacanya atau saat
bertemu dengannya dan ingin menyapa, dia pura2 tidak melihatmu.
Sebenarnya dia telah mengajarkanmu agar tidak berprasangka buruk & selalu
berpikiran positif bahwa mungkin saja dia pernah membaca e-mail yang kau kirim
atau mungkin saja dia tidak melihatmu.
Dan saat dia tidak menjawab e-mailmu. sebenarnya dia telah mengajarkanmu untuk
menjawab e-mail temanmu yang membutuhkan jawaban walaupun kau sedang sibuk dan
jika kau tidak bisa menjawabnya katakan kalau kau belum bisa menjawabnya jangan
biarkan e-mailnya tanpa jawaban karena mungkin dia sedang menunggu jawabanmu.
Saat kau mencintainya dengan tulus tapi dia tidak mencintaimu atau dia yang kau
sayangi tiba2 mengirimkan kad undangan pernikahannya. sebenarnya sedang
mengajarimu untuk menerima takdirNya.
Saat kau bersikap ramah tapi dia terkadang bersikap sinis padamu. sebenarnya dia
sedang mengajarimu untuk selalu bersikap ramah pada siapapun.
Saat kau ingin dia untuk berkongsi cerita, dia berusaha untuk menghindarimu.
sebenarnya dia sedang mengajarimu untuk menjadi seorang teman yang bisa diajak
berkongsi cerita, mau mendengarkan keluhan temanmu dan membantunya.
Bila kau diperlukan hanya pada saat dia sedang dalam kesulitan. Sebenarnya juga
telah mengajarimu untuk menjadi orang yang arif & santun, kau telah membantunya
saat dia dalam kesulitan.
Begitu banyak hal yang tidak menyenangkan yang sering kau alami atau bertemu
dengan orang2 yang menjengkelkan, egois dan sikap yang tidak menyenangkan.
Dan betapa tidak menyenangkan menjadi orang yang dikecewakan, disakiti, tidak
dipedulikan, tidak dihargai malah mungkin dicaci dan dihina. Sebenarnya orang2
tersebut sedang mendidikmu untuk melatih membersihkan hati & jiwa, melatih untuk
menjadi orang yang sabar dan mengajarimu untuk tidak berperilaku seperti itu.
Mungkin Tuhan menginginkan kau bertemu orang dengan berbagai macam karakter yang
tidak menyenangkan sebelum kau bertemu dengan orang yang menyenangkan dalam
kehidupanmu dan kau harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurnia itu yang
telah mengajarkan sesuatu yang paling berharga dalam hidupmu.
Jangan sesekali pun kita buatkan org yg mencintai kita melalui saat2 seperti
itu…kerna mungkin nnti,Allah membalas kita melalui saat2 seperti itu,saat kita
mencintai seseorg…
Saat-saat seperti itu mungkin bisa mendewasakan kita, sakit memang…masih
berasa sampai hari ini.
Dengan penderitaan seseorang akan menjadi lebih kuat dalam menjalankan
kehidupan ini..

Posted by yaya_syafika at 8:31 AM 0 comments

Friday, January 8, 2010

Warkah terakhir buat Isteriku...

Di taman KLCC pada suatu petang yang hening, tatkala burung berterbangan riang, seusai abang menunaikan solat Asar. Sewaktu Abang ingin melangkah keluar daripada masjid, Abang telah bertembung bahu dengan seorang gadis yang dalam keadaan tergesa-gesa.


Pada pengamatan Abang gadis itu berperwatakan liar dan hidup dalam suasana bebas tidak terkawal kerana pabila terlanggar bahu dengannya, Abang pula dikatakan buta. Tidak langsung menunjukkan adab dan sopan adat ketimuran seorang wanita Melayu. Tanpa disedari sewaktu berlakunya pertembungan yang tidak diduga itu telefon genggam gadis itu terjatuh.

Selepas bertemu di suatu tempat yang telah dijanjikan, gadis itu mendapat semula telefonnya yang tercicir. Abang dan gadis itu bertukar-tukar nombor telefon. Bermula dengan sms terima kasih lalu membawa kepada satu hubungan yang sukar untuk dihuraikan. Hubungan yang mungkin lebih daripada seorang sahabat.

Tetapi, masakan Abang dapat menerima gadis tersebut sebagai bidadari hidup Abang. Abang Azhari. Tidak mungkin seorang Azhari boleh berkahwin dengan wanita yang sebegitu. Apa kata orang kampung nanti. Tercalarlah kredibiliti Abang sebagai seorang yang faqih agama, berkahwin dengan wanita yang tidak sekufu.

Astaghfirullahhalazim… Ya Allah ampunilah hamba-Mu ini. Sepatutnya wanita sebegitulah harus Abang jadikan isteri agar mudah untuk Abang didiknya nanti. Pada waktu itu Abang ego. Ego pada diri. Bangga sebagai seorang Azhari.

Abang bertekad. Mungkin susah tetapi semuanya pasti dengan pertolongan Allah. Abang ingat lagi sewaktu Abang menyuruh gadis itu menukar cara pemakaiannya daripada jeans ketat dan t-shirt tidak berlengan kepada baju kurung yang lebih menonjolkan budaya ketimuran dan keayuan wanita Melayu, wanita tersebut berkeras. Budaya itu budaya kampung, tidak up to date, masakan perempuan kota ingin berpakaian seperti wanita desa, apa pula kata-kata rakan nanti jawabnya sombong.

Tetapi Abang tegurnya secara berhemah. Dengan lembut tutur kata Abang berkata padanya bahawa menutup aurat bukanlah satu budaya, tetapi ia adalah tuntutan Agama. Islam tidak melarang umatnya untuk bergaya tetapi mesti kena dengan batasnya. Abang terangkan padanya tentang cara-cara pemakaian tudung yang dianjurkan oleh Islam dan hikmah menutup aurat. Abang bacakan padanya ayat 31 surah An-Nur. Pada mulanya, nampak berat untuk gadis itu menerima teguran yang diberikan, tetapi atas dasar agama itu nasihat Abang tidak berputus asa.

Alhamdulillah, walaupun berat, gadis itu masih tetap ingin cuba untuk berubah. Kini tiada lagi jeans dan t-shirt tetapi yang menyaluti tubuh mongel gadis tersebut hanyalah baju kurung. Tetapi tidak manis baju kurung tidak dipadankan dengan tudung kepala. Tidak sesuai baju kurung itu hanya dipadankan dengan rambut yang menggerbang. Kali pertama gadis itu menutup rambutnya yang panjang mengurai itu dengan jilbab labuh yang Abang hadiahkan kepadanya, memang nampak begitu janggal dan rasa ketidak selesaan itu mula menyapa. Tapi ia lebih selesa setelah sudah terbiasa.

Kini lengkaplah sudah pakaian yang berciri Islam yang sentiasa membungkus tubuh gadis itu. Kadangkala digayakan pula dengan jubah yang sungguh indah. Syukur, semuanya atas pertolongan Allah.

Sayang,

Bagi Abang tidak cukup rasanya pakaian sahaja yang baik, tetapi tidak pada kelakuan akhlaknya. Pakaian yang baik tidak menggambarkan pekerti akhlak si pemakai. Gadis itu Abang ajar dengan akhlak seindah Sayyidah Fatimah. Abang bersyukur kerana gadis itu sendiri yang ingin berubah, tanpa perlu dipaksa. Abang hanya mendorong sahaja. Kehidupan yang bebas, terkinja-kinja menari di kelab malam, t-shirt dan jeans, hilai tawa yang bersiponggang yang dahulu menjadi pujaan dan raja di hati semuanya telah ditinggalkan, solat lima waktu yang pada suatu ketika dahulu dibiarkan sepi kini menjadi rutin harian. Mengaji dan puasa sunat juga tidak pernah ditinggalkan.

Sayang,

Pastinya jawapan siapakah gadis itu sudah terjawab. Tidak lain tidak bukan itulah Nur Asma’ Hji Bakri yang kini menjadi permaisuri di hati dan bakal bidadari Abang di Syurga yang abadi. Insya-Allah. Sayang, tanpa disedari sudah empat tahun kita mendirikan mahligai bahagia. Abang bersyukur kerana dikurniakan penawar di mata penyejuk di hati semuliamu Asma’. Abang juga bersyukur kerana selama empat tahun kita melayari bahtera tiada satu pun ribut badai yang melanda. Abang gembira kerana dikurnia anak kapal yang setia sepertimu dan diserikan pula dengan qurratul a’yun kita yakni Humairah, Insyirah dan Wajdi. Abang sentiasa mengharapkan agar penyambung zuriat kita dan pewaris harta kita mewarisi akhlak semulia Sayyidah Fatimah dan lelaki sehebat Saidina Ali. Itulah harapan Abang. Doa abang agar merekalah yang akan menjadi tonggak dalam membangunkan semula Islam yang kian luntur dalam jiwa Umat Islam kini. Merekalah harapan abang, harapan Sayang, harapan bangsa dan harapan semua.

Tetapi sayang, abang tidak dapat melihat mereka membesar di hadapan mata abang. Tidak dapat Abang didik dengan tangan Abang dengan sempurna., tidak dapat Abang curahkan dengan kasih sayang Abang dengan secukupnya. Mungkin takdir telah mencatatkan yang Abang tidak mampu melihat Islam gemilang hasil pengembelingan tenaga daripada mereka.

Sayangku Nur Asma’,

Kau didiklah putera dan puteri kita dengan akhlak semulia Rasulullah, kerana Rasulullah pernah bersabda mafhumnya : Terputus amalan seseorang itu setelah dia mati kecuali dengan tiga perkara.

Ketahuilah olehmu sayang, antara tiga perkara yang disebutkan itu ialah doa daripada anak-anak yang soleh. Sayang, hanya itulah yang akan kita dambakan setelah kita menemui Rabbul Jalil kelak. Doa anak yang soleh itulah yang akan menyelamatkan kita. Abang pasti, Abang tidak akan sempat untuk menjadikan mereka anak yang soleh.

Abang yakin di atas pundak Sayanglah Abang hamparkan segala harapan dan impian kita. Segala-gala impian yang pernah kita impikan dahulu. Abang minta maaf kerana terpaksa membiarkan Sayang mengemudi bahtera ini seorang diri. Sesungguhnya itu bukanlah kehendak Abang. Carilah nakhoda baru jika diperlukan. Pastikan anak-anak kita tidak mati kelemasan disebabkan bahtera yang karam.

Sayang,

Pastinya Sayang tertanya-tanya mengapa Abang berkata sedemikian. Berat untuk abang katakan, bak kata pepatah diluah mati emak ditelan mati bapa. Tetapi inilah yang harus kita telan. Ketahuilah olehmu, Abang menghidap barah paru-paru yang krtikal. Sudah lama Abang menanggung penyakit ini tetapi Abang tidak sanggup untuk memberitahumu kerana risau ianya akan mengganggu hidupmu. Abang hanya dapat meneruskan kehidupan ini untuk beberapa bulan sahaja lagi. Kemudian kita akan berpisah. Berpisah buat selama-lamanya.

Ya Allah. Betapa sedihnya hatiku, setelah Kau kurniakan aku keluarga yang bahagia, isteri yang telah aku corakkan dengan acuan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Mu dan setelah kau kurniakan aku qurratul a’yun penyejuk mata, kini Kau akan mengambil aku daripada mereka. Ya Allah. Aku sabar dan aku tabah. Kerana untuk menemui-Mu itulah yang kudambakan. Tetapi aku terkilan, kerana aku tidak akan dapat bersama mereka yang amat aku cintai lagi. Akanku pastikan, mereka akan menerima sepenuh perhatian daripadaku hanya untuk beberapa bulan sahaja lagi sebelum aku menemui-Mu kelak. Aku pasrah dengan takdir-Mu Ya Allah.

Cintaku Nur Asma’

Abang harap kau dapat menerima takdir ini sepertimana Abang dapat menerima perpisahan yang bakal berlaku. Semoga cinta yang telah lahir ini akan membawa kita ke Syurga. Syurga yang abadi buat selamanya.

Yang mengasihimu
Abang..

tersentuh sgt baca cerita ni,bnyk pengajaran..
Posted by yaya_syafika at 7:25 PM 0 comments

HAI WANITA, KASIHANILAH MEREKA!

sekadar berkongsi...

Ibnu_muaz menulis "Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
 KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

 
KETIGA - ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
 KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

FIRMAN ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita. Wallahua'lam"

P/S=sama2 la kite memperbaiki diri.saling menasihati antara 1 sama laen.salam ukhuwah




Posted by yaya_syafika at 6:53 PM 0 comments

muhasabah diri..

assalamulaikum..
xtaw nak mula dr mana..
tp hati ni rase kekosongan sangat saat ni..
xtahu kenape..
mungkin dah lame x menghadirkan diri dirumah Allah barangkali..
dan x da sahabat2 muslimat yg dpt berkongsi perihal agama..
mcm dah lama sgt tinggalkan semua tu..
rindu nak mula semula,tp xtaw dr mana..
di UMP ni seolah2 dah ada kumpulan sndr,org baru x buleh  nak masuk..
maniskah begitu?..
sedar kekuatan diri untuk melawan nafsu ni lemah,sbb tu mahukan sokongan dr teman2 yg kuat perihal agamanya..
bantukan wahai sahabat...
bantu sy untk sama2 pejuangkan syiar Islam..
pdMu Ya Allah aku mohon petunjuk dan kekuatan drMu untuk terus menjalankan amanah yg telah Engkau perintahkan pada setiap hambaMu..
moga saja sy diberikan kekuatan untuk melaksanakan nya..
amin...


Posted by yaya_syafika at 6:45 PM 0 comments

Sunday, January 3, 2010

bercuti di bandar!!


hahaha..
puasnye hati dpt bersame2 family..
dn plg best kawan terchenta pun ikut sekali,hihihi..
kami pegi jalan2 kat kulai hari jumaat tu(padahal bru sampai pg tu)..
kulai??ade ape je la ngan kulai tu..
huhuhu..
dok lam keta dn berbual dgn aiman..
em dn tibe mase tok tdo mlm tu..
puasnye dpt rehat kat umah..
hilang tekanan..
esk sabtu...
tunggu punya tunggu sampai gak abg easz nak g jb..
destinasi pertama..
makan steamboat dn dsbbkan lame dah x makan..
dgn rakusnye nak mencube sume makanan dn akhirnye kepala pun pening..
huhuhuhu...
seterusnye ke Danga Bay(pg cari toilet dulu).hahaha...
first game kami maen cam basekal tp die dikayuh diatas udara bukan dijalan...
dpt bayangkan??xyah bygkan pun xpe...
em then kami pg maen bumper car(paling seronok)..
bestnyer dpt langgar org gume keta.laju lak tu...
tp aq tetap menjadi mangsa langgar lari pd malam tu..
ceh x de perasaan betul abg easz ngan aiman..
siapla korg..
rase cam nak muntah je dah abis maen keta tu..
dn buat family terchenta,sy syg kamu!!




Posted by yaya_syafika at 9:26 AM 2 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod