skip to main | skip to sidebar

my classmate=)

my classmate=)
mereka superb!!

"family yg terchenta"

"family yg terchenta"
susah sng bersama...

*kakak ku the boom,hehe*

*kakak ku the boom,hehe*
she da best sister in da world!!

~ ibu n ayah ~

~ ibu n ayah ~
mish them damn much!!

About me

My Photo
yaya_syafika
happy go lucky orangnya..seorg yg kuat merajuk(ibu kate)..sedang menuntut di UMP,Gambang..suke aktiviti luar,suka berkawan n suka berkongsi pendapat..
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2010 (21)
    • ► April (4)
    • ▼ March (5)
      • sepetang d Panching..
      • gotong royong C13LBN!!!
      • KISAH BENAR: ANAK DERHAKA (iluvislam.com)
      • mintak maaf kawanku...
      • ibu yg kukasihi...
    • ► February (3)
    • ► January (9)
  • ► 2009 (5)
    • ► December (4)
    • ► November (1)

Followers

...MENCARI SINAR HAKIKI...

yang merah itu saga,,yang kurik itu kendi, hijab itu penjaga,,yang mahkota itu srikandi.

Wednesday, March 31, 2010

sepetang d Panching..

salam kawan2..
saje je nak penuhkan ruang blog ni..
sbb tgn dah gatal nak menaip mende2..
so skrg nak cite tntg aktiviti kami selepas projek TITAS tu..
kami dak2 melayu kelas pg Panching hari rabu lame dah(17/03/2010)
seronok sgt mase  tu sbb lame dah x mandi air terjun..
ape lagi meroyan sudah..huhuhu...
so??kite enjoy!!
tgk jela gmbr2 ni,malas nak cite =)
pd kakak ku jgn jeles sudah...

4 dara pingitan,bese la mereka kan...

c giler camera!!

g
inilah Panching kalaw korg nak tahu..sgt chantek!

v
paan gedik diler time ni..wif ain n mimie..

mimie+paten+yaya=x muat camera,kui3...

paten xdek lak time ni..(ktorg 5 berkawan..)

lawan tokey nmpk dayah??
smart lorr gmbr nih..n tetibe je yaya yg xdek,,haha..

...dayah & yaya...

my kawan2 yg 1 kepala..best2..

Posted by yaya_syafika at 12:03 AM 2 comments

Tuesday, March 30, 2010

gotong royong C13LBN!!!

assalamualaikum shbt2 semua..
harapnya dlm keadaan yg hebat2 belaka & smoga sentiasa dalam rahmat Allah..amin...
dah lame sgt rasanye x update blog ni..
bnyk perkara yg perlu diutamakan dahulu..
erm sekadar nak berkongsi cerita yg dah lapuk sepnjg keBZan x mengupdate blog ni..
entry kali nak cite tntg projek TITAS untuk group kami C13LBN..
seperti biasa kelas kami x ramai stdnt yg amik snjct ni dsbbkan kami ramai pelajar internasional..
so,projek kami diadakan di suraw perkampungan di Gambang jew,,hehe
die mcm perkampungan org asli tp mcm bukan jugak,so kami pun xkesah la..
sy dah malas nak tulis, so tgk gmbr sajela lg best kot..
chill2 saje oke...!!

perkara pertama yg wajib dilakukan..makan2 time..(wif tok imam)

sayer seorg yg rajen??!!yeyh,i like...

buat2 rajen jew dorg ni benornyer..
haha...(c busong ngan haziq)

sempat lg tu berposing??masalah bdk2 ni..

siapekah yg patut dicat mukenye??
(kecian haziq kena tggal ngan dak2 laki laen,haha)

mimie+dayah=coklet..

paten wif ain..
Posted by yaya_syafika at 11:33 PM 4 comments

KISAH BENAR: ANAK DERHAKA (iluvislam.com)

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan,kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan,saya berjalan ke arah mereka.

"Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.

"Haaa? San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia?" kata Jaimi, kawan saya.

"Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

"Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, "di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia?tapi belum boleh lagi".

"Kenapa jadi macam tu ?" saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

"Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.

"Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

"Maaak? kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.

"Yalah, mak tau? tapi mak tak ada duit," balas ibunya.

"RM 20 aja !" si gadis berkata.

"Tak ada ," jawab ibunya.

"Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

"Bukan macam tu ta?" belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah,

katanya, "Ahhh?sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! "

" Kalau emak ada du? " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi,

katanya ; "kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada!" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .

"Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.

Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.

Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya ;

"Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu."

"Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

"Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

"Apa pasal," Si ayah bertanya.

"Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

"Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

"Ayah?kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

"Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni ayah ?" kata si gadis sambil meratap.

" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

"Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. "Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal. Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.

"Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja? kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

"Habis anak saya ?" tanya si bapa.

"Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju.

Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai,termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

"Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

"Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.

Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

"Pssstt?Raie? Raie..Psstt, " saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

"Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

"Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

"Sekejap aja. Bolehlah?"saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau takut di halau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.

Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;

"Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.

" Emak?lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

"Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak.

Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan dibalas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 ,15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap

"Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf?" Lantas saya menoleh buat kali terakhir.

Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.

Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

p/s : same2 renungkan cerita ini..muhasabah diri,buat peringatan buat sahabat2 juga buat diri ini..moga kite sentiasa menjaga akhlak dn peribadi kite dengan semua org termasuk ibu ayah kita yg cuma 1 itu..

Posted by yaya_syafika at 9:28 PM 6 comments

Saturday, March 13, 2010

mintak maaf kawanku...

assalamualaikum shbt2 semua..
harap nya sume sihat belaka,dn semoga dalam lingdungan Allah sentiasa..
harini nothing to do kecuali assignment yg berlambak2 tuh..
erm tp tetibe tgh wat keje td ade sorg kwn ni chat kat ovo...
n tgh2 dok chat tu terkekuarlah 1 perkataan yg xsepatutnye..
sy xtahu la kawan tu merajuk or marah..
tp sy betul2 mintak maaf,kamu dah salah paham sbnrnyer...
mintak maaf sgt2..aq x bermaksud sprti yg kaw pikirkan tuh...
so entry kali ni khas untuk shbt ku itu,,xperlulah sy mention namenya..
erm mintak maaf sekali lagi..
so,shbt2 pikirlah dulu sebelum kita nak buat or cakap ape pun..
xsemua org akan pikir macam kite...
peringatan buat diri sendr yg plg penting...
sesungguhnya Allah sajalah yg Maha Mengetahui...
mintak maaf kawanku...aq x sengaje..

Posted by yaya_syafika at 8:03 PM 4 comments

Wednesday, March 3, 2010

ibu yg kukasihi...

assalamualaikum sahabat2 sekali..
bgaimana kabarnya,harapnya sihat2 belaka dn sentiasa dalam rahmat Allah..
aminn...
rasanye lama benar x tulis entry kat blog ni..
maklumlah student la katekan...hihi
erm sebenar xtahu pun nak tulis pasal ape nih...
tp tetibe je dpt idea nak tulis tntg ibu..
sy pun x tahu kenape bile bercakap tntg IBU ni hati sy akan mudah tersentuh..
mungkin kami lebih rapat dgn ibu berbanding ayah dn abg2 kami..
erm,kami rindu sgt pd ibu..
ibu yg kami kenali sungguh kuat,tabah hatinya..
xpernah kenal erti penat untk membesar kan kami..
hanya ibu shja yg tahu bagaimana perihnya membesarkan kami 4 beradik ...
ibu x pernah merungut bila kami x turun membantu,malah ibu tetap menyediakan nya seperti biasa..
begitu sucinya hatimu ibu...
kalawlah tika ini kami dapat mendakapmu,sungguh bahagia bukan..
kepulangan kami sentiasa kau nantikan kerana kami tahu kamu tidak punya teman untk luahkan perasaan kamu..
hanya kepada kami anak beranak lah kamu berkongsi suka dan duka..
wlwpun kami tahu kamu lebih banyak merasai duka...
aku mendoakan kamu sentiasa dalam perlindungan Nya,kami jauh untk melindungimu apatah lagi menjagamu..
tp kami berjanji kami akan menjaga mu apabila kami sudah habis belajar nanti dn sudah berkerja..
sebelum itu aku hanya meminta Allah untuk menjagamu dan melindingimu..
ketahuilah ibu doa kami sentiasa bersama bersamamu..
tabahkan hatimu,kerana kami tahu kamu seorg yg kuat dn sabar orgnya..
bia Allah saja yg membalas kebaikanmu wahai ibu yg tersayang...

doa dari kejauhan oleh anakmu...

Posted by yaya_syafika at 10:34 AM 4 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod