Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu,
Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun dapat bersamamu terkadang cuma..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini…
ibu doakan kejayaan anak mu disini..
doakan kebahagiaan adik disini,sy sangat2 bahagia punyai ibu sepertimu..
betapa tabah hatimu melangkau kesukaran hidupmu..
aku mahu jadi sepertimu,setabah harimu mengharungi liku2 hidupmu..
betapa kuatnya hatimu..
aku tahu kau amat menderita tp jarang sekali kau meluahkan nya pd kami..
kerana kau mahu yg terbaek untk kami..
Ya Allah berikan ibu hati yg benar2 kuat untk menhadapi dugaan mu..
tenangkan hatinya bila dia berada dalam gundah..
kami amat menyayanginya ya Allah..
berikan balasan syurgamu untuknya..
amin..
padamu ibu kami amat menyayangi dan merinduimu..
5 comments:
ya.
saya juga sangat2 bahagia punyai ibu sepertimu..
betapa tabah hatimu melangkau kesukaran hidupmu..
aku mahu jadi sepertimu,setabah harimu mengharungi liku2 hidupmu..
betapa kuatnya hatimu..
aku tahu kau amat menderita tp jarang sekali kau meluahkan nya pd kami..
kerana kau mahu yg terbaek untk kami..
Ya Allah berikan ibu hati yg benar2 kuat untk menhadapi dugaan mu..
tenangkan hatinya bila dia berada dalam gundah..
kami amat menyayanginya ya Allah..
berikan balasan syurgamu untuknya..
amin..
padamu ibu kami amat menyayangi dan merinduimu..
kau lah satu tiada gantinya..
wah !
aku sentap la bace entry nih.
menangis taw !
betapa aku banyak berdosa pada insan mulia nih. =(
em mestila..
tetibe je cam rindu kat ibu..
pastu cam nak nangis je..
so sy buat khusus tok ibu kite nih..
ibu yg amat kite sygi..
em kuat kan ibu kite..
xtaw la cmne ibu boleh jd kuat mcm tu..
bukan stahun dua ibu derita..
tp berpuluh2 tahun ibu tahan..
ibu buat sume tuh sebab kite
kite la semangat kekuatan ibu
anak anak yang ibu kandungkan
sembilan bulan sepuluh hari
ibu tabahkan hati demi membesarkan kite
jangan resau adik kuh
kite akan bersama jaga ibu
sampai akhir nafas kite
janji okey?
kakak sayang adik sangat sangat !
belajar rajin rajin
jadi orang yang berguna
dan kebanggaan ibu
=)
janji!
akak adik along ngan angah akan jaga ibu sampai akhir hayat kami..
insyaAllah kak..
akak pun jdi anak kebanggaan ibu..
jaga diri dn jgn lupe doakan die tiap hari ok..
gud luck akak cyg..
adik pun sayang akak banyak banyak.
Post a Comment